
Berita baik buat Active Wheelchair User



Aplikasi telefon pintar SCI Rehab baru sahaja dilancarkan.
Aplikasi ini masih diperingkat versi Beta, bermakna masih dalam tempoh percubaan dan proses pembikinan.
Maklumat yang terkandung juga masih banyak kelompongan. Diharap para pengguna bersabar sehingga para Admin selesai melengkapi isi kandungan aplikasi ini.
Aplikasi ini hanya terdapat pada Playstore untuk pengguna Android, tidak pada iTunes Store buat masa ini.
Sebarkan tentang app ini jika bermanfaat. Kami ucapkan terima kasih atas sokongan anda.

Menjemput anda semua ke persidangan antarabangsa ASCoN 2019.
Tarikh: 13hb – 15hb Sept 2019
Tempat: Tingkat 13, Menara Selatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya.
